Thursday, December 26, 2019

Blog Pertama Aku

"Blog Pertama Aku"


Selamat malam semua. Sebab apa selamat malam? Sebab aq tulis ni betul-betul waktu malam. Ha, macam tulah. Malam ni barulah free sikit nak menulis. Blog pertama pulak tu. Ini merupakan blog aku yang pertama. Sebenarnya dah lama dah aq berniat nak menulis blog. Start first aq masuk degree lagi, tapi sebab study. So masa tu limited sikit. Tapi takpelah malam ni aku gagahkan juga menulis blog ni walaupun banyak benda nak kena buat. Hai entahlah Belalang.

Jadi untuk blog ni, aq lebih cenderung untuk menulis tentang isu-isu semasa, tentang movie, shopping-shopping sikit, tentang pengalaman hidup sikit dan perkara-perkara yang aq rasa berbaloi dan bermanfaat untuk aku kongsikan pada anda semua. Kiranya kat blog aku ni, korang tak akan jumpalah gosip-gosip artis, isu aliff syukri, Sajat atau yang seangkatan dengannya atau benda-benda yang tengah viral/trending tapi masih tak sahih lagi kebenarannya. Kiranya benda-benda yang orang kita ka membawang ni aq malas nak masukkan dalam blog aku ni. Berdosa tu kita tulis benda yang tak sahih lagi. Apatah lagi membawang. Tak pasal-pasal ada saham kat situ. Cukuplah dosa aq ni pun dah banyak. Jadi aq akan cuba untuk blog sekurang-kurangnya seminggu sekali at least. Aq akan cuba disiplinkan diri. Kalau aq free, x banyak assignment atau tugasan lain aku akan cuba maybe 2 kali seminggu. Kalau hari-hari takut korang bosan pulak. Ceh!!!!!!! Bajet artis pulak aq ni.

Untuk pengenalan, aq dilahirkan di Negeri Sembilan dan genap berumur 21 tahun pada tanggal 1 hari bulan Julai. Penuntut sebuah universiti  dalam course laboratory Technology  semasa diploma dan kemudian menyambung pengajian dalam course environment semasa degree. Sebab apa aq tukar course Insha Allah akan aq ceritakan dalam blog yang akan datang. Anak kedua daripada 3 adik beradik. Kacak dan handsome dan suka bermain badminton. Jadi kalau korang selalu pergi ke Y B Sport atau Kajang Hokkien Badminton Court, peluang untuk kita berjumpa tu mungkin tinggi. Ceh!!!!!!! Bajet artis pulak aq ni. Masih single dan tak terfikir lagi untuk mencari pasangan sebab nak kukuhkan kewangan dan masa depan dulu, serta ibadat kita sebagai muslim. Dah kukuh 3 benda ni baru aq cari pasangan. Ye lah, zaman sekarang ni dalam poket ada RM 600, duduk pulak dekat area Selangor memang tak cukup buat belanja sebulan. Itu baru kira kos makan, top-up phone dengan shopping sikit-sikit. Kiranya memang tak ada chancelah nak saving hujung-hujung bulan. Ha, tu baru kira kos single, belum ada girlfriend lagi. Kalau ada girlfriend lagilah, kena fikir nak fikir nak ke mana hujung-hujung minngu, makan kat mana. Kos semua tu. Hai pening-pening. Tapi bagi aq kalau korang ada minat mana-mana gadis atau yang perempuan ada minat mana-mana lelaki, jagalah hubungan tu. Maksud aq bukan jaga hubungan macam kena ucap sweet-sweet dalam phone atau setia je. Batas pergaulan, percakapan, perbuatan semua tu kena jaga. Bukan bererti alang-alang dua-dua dah suka, semuanya jadi halal. No. Exactly No. Dah besarkan. Aq rasa benda tu tak perlu diajar pada golongan yang boleh dikategorikan sebagai belia. Cukuplah dengan didikan agama yang diberikan oleh ibu bapa kita di rumah dan guru-guru kita masa sekolah untuk kita jadikan batasan dalam pergaulan kita setiap hari. Cukuplah dengan isu-isu belia zaman sekarang yang kita tengok sekarang semakin hari semakin membimbangkan. Serious aq cakap, jagalah batasan tu. Jangan pulak kita menyesal di kemudian hari. Tak guna dah masa tu. Jaga batas tu. Kalau keluar elakkan berdua je. Ajaklah lagi sorang dua member ke, barulah tak mendatangkan fitnah. Jangan keluar malam balik pulak tengah malam. Giler bawak anak dara orang sampai tengah malam atau sampai dah nak pagi. Kelawar dengan Opossum pun dah balik rumah get ready nak tidur masa tu.  Eh, Hahahahahaha dah kelaut dah aq ni. Ni kira macam topik lain ni. Banyak pulak idea aq malam-malam ni.

Ok,aq rasa cukup sampai sini dululah untuk blog pertama aq ni. Lama dah tak menulis panjang-panjang macm karangan ni. Last aq ingat aq tulis karangan pun masa aq SPM dulu. Lama dah kut dalam 4-5 tahun lepas. Seronok sebenarnya tulis blog ni. Kira macam satu terapi untuk diri sendiri. Apa yang kita rasa nak luah atau cakap kita zahirkan dalam penulisan. Untuk blog yang seterusnya, Insha Allah aq akan tulis dalam ahad malam atau paling lewat, hari isnin minggu depan sebab 20-22 September ni aq kena pergi ke Johor Bahru untuk program universiti. Jadi sampai sini dulu blog aq untuk kali ini, Kita jumpa lagi pada masa akan datang. Nantikan. Assalamualaikum.